TEKS BAHASA ARAB
كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبور الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) عليكم بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Nabi SAW datang ke kubur para syuhada pada setiap awal tahun dan bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu untuk kesabaran kamu, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1960, hadis nombor 9805. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن محمد بن إبراهيم، قال: كان صلى الله عليه وسلم يأتي قبوَ الشهداء على رأس كل حول فيقول: السلام (كذا) بما صبرتم، فنعم عقبى الدار. وأبو بكر وعمر [وعثمان].
[ابن جرير في ((التفسير))، ((الضعيفة)) (6629)]
(Munkar)
Daripada Muhammad bin Ibrahim, beliau berkata: Nabi SAW datang ke kubur para syuhada pada setiap awal tahun dan bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu untuk kesabaran kamu, amatlah baik balasan amalan kamu di sana. Abu Bakar, Umar dan Uthman.
[Riwayat Ibn Jarir dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 6629]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.