Beruntunglah Syam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

طوبى للشام. فقلنا: ما باله يا رسول الله؟ قال: إن الرحمن لباسطٌ رحمته عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah Syam. Lalu kami bertanya: Ada apa dengannya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah membentangkan rahmat-Nya ke atas Syam.

STATUS

Batil dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1958, hadis nombor 9799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل بهذا اللفظ)
عن زيد بن ثابت، يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: طوبى للشام. فقلنا: ما باله يا رسول الله؟ قال: إن الرحمن لباسطٌ رحمته عليه.
[طب، ((الضعيفة)) (6777)]

(Batil dengan lafaz ini)
Daripada Zaid bin Thabit, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Beruntunglah Syam. Lalu kami bertanya: Ada apa dengannya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah yang Maha Pemurah membentangkan rahmat-Nya ke atas Syam.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 6777]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.