Roh adalah tentera yang tersusun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الأرواح جنود مجندة، فما تعارف منها في الله ائتلف، وما تناكر منها في الله اختلف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Roh itu adalah tentera yang tersusun. Apa yang dikenalinya kerana Allah SWT, maka ia akan merapat. Dan apa yang ia tidak mengenalinya kerana Allah SWT, maka ia akan saling mengingkari.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 107, hadis nombor 552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن الحارث بن عميرة قال: انطلقت حتى أتيت المدائن، وإذا أنا برجل عليه ثياب خلقان، ومعه أديم أحمر يعركه، فالتفت، فنظر إلي، فأومأ بيده: مكانك يا عبد الله! فقمت، فقلت لمن كان عندي: من هذا الرجل؟ قالوا: هذا سلمان، فدخل بيته، فلبس ثيابا بياضا، ثم أقبل وأخذ بيدي وصافحني وساءلني، فقلت: يا أبا عبد الله! ما رأيتني فيما مضى ولا عرفتني؟ ! قال: بلى؛ والذي نفس بيده! لقد عرف روحي روحك حين رأيتك، ألست الحارث بن عميرة؟ فقلت: بلى. فقال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: الأرواح جنود مجندة، فما تعارف منها في الله ائتلف، وما تناكر منها في الله اختلف.
[طب، ((الضعيفة)) (5527)]

(Sangat Lemah)
Daripada al-Ḥarith ibn ‘Umayrah telah berkata: Aku telah keluar bermusafir sehinggalah aku sampai ke Madain. Dan di sana aku bertemu dengan seorang lelaki yang memakai pakaian lusuh. Bersama dengannya kulit yang dia sedang gosok (bersihkan). Kemudian dia berpaling dan melihat ke arahku. Lalu mengisyaratkan dengan tangannya: “Berhenti di tempat kamu, wahai hamba Allah.” Lalu aku pun bangun. Aku bertanya kepada orang yang berada di sisiku: “Siapakah lelaki ini?” Mereka menjawab: “Orang ini adalah Salman.” Lalu dia masuk ke dalam rumahnya, dan memakai pakaian berwarna putih. Kemudian dia datang dan memegang tanganku, berjabat tangan, serta bertanya kepadaku. Lalu aku bertanya padanya: “Wahai hamba Allah, (apa yang membuatmu melayan aku seperti ini padahal) kamu tidak pernah melihatku sebelum ini dan tidak mengenal aku?” Beliau menjawab: “Betul. Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, roh aku telah mengenali roh kamu ketika aku melihat kamu. Bukankah kamu adalah al-Ḥarith ibn ‘Umayrah?” Aku telah menjawab: “Ya.” Lalu beliau telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Roh itu adalah tentera yang tersusun. Apa yang dikenalinya kerana Allah SWT, maka ia akan merapat. Dan apa yang ia tidak mengenalinya kerana Allah SWT, maka ia akan saling mengingkari”.
[Riwayat oleh al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5527]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.