Nikmatilah makanan kamu dan jangan berpecah belah

TEKS BAHASA ARAB

‌اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah dan bergembiralah, sesungguhnya aku telah memberkati timbangan dan berat (kati/gantang/cupak) kamu. Nikmatilah makanan kamu dan jangan berpecah belah. Sesungguhnya makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang; makanan untuk dua orang itu mencukupi untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang pula mencukupi untuk lima atau enam orang. Sesungguhnya keberkatan itu ada pada berjemaah. Sesiapa yang bersabar di atas kesempitan serta kesukaran, maka aku akan menjadi pemberi syafaat atau saksi baginya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang keluar dari jemaah kerana membenci apa yang terdapat padanya, maka Allah SWT akan menggantikan dirinya dengan orang lain yang lebih baik daripadanya dalam jemaah tersebut. Dan sesiapa yang mahukan keburukan pada jemaah, maka Allah SWT akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di dalam air.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 107, hadis nombor 553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر – رضي الله عنه -، قال: غلا السعر بالمدينة واشتد الجهد، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: اصبروا وأبشروا فإني قد باركت على صاعكم ومدكم فكلوا ولا تفرقوا، فإن الطعام الواحد يكفي الاثنين، وطعام الاثنين يكفي الأربعة وطعام الاربعة يكفي الخمسة والستة وإن البركة في الجماعة فمن صبر على لأوائها وشدتها كنت له شفيعا أو شهيدا يوم القيامة ومن خرج عنها رغبة عما فيها أبدل الله به من هو خير منه فيها ومن أرادها بسوء أذابه الله كما يذوب الملح في الماء.
[البزار، ((الضعيفة)) (5532)]

(Lemah)
Daripada Umar RA telah berkata: Ketika harga barang di Madinah telah naik dan keadaan menjadi lebih sukar. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: “Bersabarlah dan bergembiralah, sesungguhnya aku telah memberkati (berdoa) timbangan dan berat (kati/gantang/cupak) barangan kamu. Nikmatilah makanan kamu dan jangan berpecah belah. Sesungguhnya makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang; makanan untuk dua orang itu mencukupi untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang pula mencukupi untuk lima atau enam orang. Sesungguhnya keberkatan itu ada pada berjemaah. Sesiapa yang bersabar di atas kesempitannya (Madinah) serta kesukarannya, maka aku akan menjadi pemberi syafaat atau saksi baginya pada hari kiamat. Dan sesiapa yang keluar darinya (Madinah) kerana membenci apa yang terdapat padanya, maka Allah SWT akan menggantikan dirinya dengan orang lain yang lebih baik daripadanya dalam jemaah tersebut. Dan sesiapa yang mahukan keburukan padanya, maka Allah SWT akan meleburkannya sebagaimana leburnya garam di dalam air.”
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘ifah, no.5532]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs