Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh Ibn Abi Sarh

TEKS BAHASA ARAB

عن سعيد بن المسيب: " أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر بقتل ابن أبي سرح يوم الفتح، وفرتنا وابن الزبعري وابن خطل، فأتاه أبو برزة، وهو متعلق بأستار الكعبة، فبقر بطنه، وكان رجل من الأنصار قد نذر إن رأى ابن أبي سرح أن يقتله، فجاء عثمان، وكان أخاه في الرضاعة، فشفع له عند النبي صلى الله عليه وسلم، وقد أخذ الأنصاري بقائم السيف ينتظر النبي صلى الله عليه وسلم متى يومئ إليه أن يقتله، فشفع له عثمان حتى تركه، ثم قال رسول الله صلى الله عليه وسلم للأنصاري: هلا وفيت بنذرك؟ فقال: يا رسول الله! وضعت يدي على قائم السيف أنتظر متى تومئ فأقتله، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: " الإيماء خيانة، ليس لنبي أن يومئ ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada Sa’id Bin Musayyib bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah memerintahkan untuk membunuh Ibn Abi Sarh, Fartinan, Ibn al-Zub’ari dan Ibn Khatal pada hari pembukaan kota Mekkah. Maka telah datang Abu Barzah kepadanya dan dia sedang bergantung kepada kelambu Kaabah dan membelah perutnya. Terdapat seorang lelaki daripada kalangan Ansar yang telah bernazar bahawa jika dia melihat Ibn Abi Sarh maka dia akan membunuhnya. Lalu datang Uthman, dan beliau merupakan saudara susuannya. Lalu dia meminta perlepasan (dari hukuman bunuh) kepada Nabi SAW dan orang Ansar itu telah mengambil pemegang pedang sambil menunggu Nabi SAW untuk memberi isyarat supaya membunuhnya. Maka Uthman meminta perlepasan dari Nabi SAW sehingga baginda meninggalkannya. Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang Ansar itu: Adakah kamu telah melaksanakan nazarmu? Lalu dia menjawab: Wahai Rasulullah! Aku telah meletakkan tanganku di pemegang pedang (telah bersedia) menantikan bilakah engkau memberi isyarat maka aku akan membunuhnya. Lalu Nabi SAW berkata: Isyarat itu adalah satu pengkhianatan, tidak harus Nabi untuk memberi isyarat.


STATUS

Lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1676-1677, hadis nombor 8458. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis [yang tidak dinyatakan sahabat yang meriwayatkannya] ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Sa’d.

Ia dinilai lemah oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs