Malaikat yang sebelah kanan menguasai yang sebelah kiri

TEKS BAHASA ARAB

صاحب اليمين أمير على صاحب الشمال، فإذا عمل العبد الحسنة كتبها له عشر أمثالها، وإذا عمل سيئة؛ قال صاحب اليمين لصاحب الشمال: أمسك، فيمسك عنه سبع ساعات من النهار، فإن استغفر؛ لم تكتب عليه، وإن لم يستغفر؛ كتبت سيئة واحدة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Malaikat yang sebelah kanan menguasai yang sebelah kiri. Maka jika seorang hamba melakukan kebaikan, lalu dia akan menulis baginya sepuluh kebaikan. Dan sekiranya dia melakukan kejahatan, malaikat sebelah kanan akan berkata kepada sebelah kiri: Tahan dahulu, lalu ia akan menahan selama tujuh tempoh waktu daripada siang hari dan jika hamba itu memohon pengampunan, tidak akan ditulis baginya tetapi jika dia tidak meminta ampun akan ditulis baginya satu kejahatan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1678, hadis nombor 8460. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abu Umamah RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman, Al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma’ani dan al-Wahidi dalam tafsirnya.

Ia dinilai palsu oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs