Rasulullah SAW membaca antara dua bucu Ka'bah

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول ما بين الركنين: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW membaca antara dua rukun (bucu Ka’bah): Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab api neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 29, hadis nombor 139. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (1892) والنسائي في الكبرى كما في أطراف المزي (4/ 347) وأحمد (3/ 411) وابن الجارود في المنتقى (456) والشافعي في مسنده (1/ 215) وابن حبان (1001) والحاكم (1/ 455) والبيهقي (5/ 84) والبغوي في شرح السنة (7/ 128) من طريق ابن جريح حدثني يحيى بن عبيد، مولى السائب، عن أبيه، عن عبد الله بن السائب، قال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول ما بين الركنين فذكره.
قال الحاكم: صحيح على شرط مسلم ووافقه الذهبي.
قلت: وهو وهم غريب، لا سيما من الذهبي رحمه الله، فقد ترجم لعبيد مولى السائب بقوله: ما روى عنه سوى ابنه يحيى. يشير بذلك إلى جهالته.
ثم مسلم لم يرو له أصلاً. إنما روى له أبو داود والنسائي هذا الحديث الواحد. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Abu Daud (1892), al-Nasa’ei dalam al-Kubra – sebagaimana dalam Atraf al-Mizzi (4/347) -, Ahmad (3/411), Ibn al-Jarud dalam al-Muntaqa (456), al-Syafi’ei dalam Musnad beliau (1/215), Ibn Hibban (1001), al-Hakim (1/455), al-Baihaqi (5/84) dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (7/128) melalui sanad Ibn Juraij, katanya Yahya bin ”Ubaid mawla al-Sa’ib daripada ayahnya daripada Abd Allah bin al-Sa’ib, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berdoa ketika berada antara dua rukun (bucu Ka’bah). Lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut”. Al-Hakim berkata: "Sahih berdasarkan syarat Muslim", ia juga dipersetujui oleh al-Zahabi.
Saya berkata: Ianya suatu kekeliruan yang ganjil, terutama daripada al-Zahabi RH, kerana beliau telah membuat biografi ‘Ubaid mawla al-Sa’ib, kata al-Zahabi: "Tidak ada yang meriwayatkan daripadanya selain anak lelaki beliau, Yahya", beliau isyaratkan melalui ungkapan tersebut bahawa ‘Ubaid seorang yang majhul. Kemudian, Muslim langsung tidak pernah meriwayat hadith beliau. Hanya Abu Daud dan al-Nasa’e yang meriwayat hadith beliau iaitu hadith ini satu-satunya. Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs