Rasulullah SAW ditanya mengenai orang yang sama timbangan pahala dan dosanya

TEKS BAHASA ARAB

سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم عمن استوت حسناته وسيئاته؟ فقال: أولئك أصحاب الأعراف لم يدخلوها وهم يطمعون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW ditanya mengenai orang yang sama timbangan pahala dan dosanya? Nabi SAW menjawab: Mereka itu adalah golongan al-A’raf. Baginda menyebut (ayat al-Qur’an): “Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.” [al-A’raf: 46]

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1553, hadis nombor 7875. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنْ جَابِر بْن عَبْد اللَّه -رضي الله عنهما-، قَالَ: سُئِلَ رسول الله صلى الله عليه وسلم عَمَّنْ اِسْتَوَتْ حَسَنَاتُهُ وَسَيِّئَاتُهُ؟ فَقَالَ: ((أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ {لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ})) [ابن مردويه، ((الضعيفة)) (6030)]

(Munkar)
Daripada Jabir bin Abdullah RA beliau berkata: “Rasulullah SAW ditanya mengenai orang yang sama timbangan pahala dan dosanya? Nabi SAW menjawab: Mereka itu adalah golongan al-A’raf. Baginda menyebut (ayat al-Qur’an): “Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.” [al-A’raf: 46] [Riwayat Ibn Mardawayh. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6030]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs