Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)

TEKS BAHASA ARAB

لما نزلت هذه السورة على النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {إنا أعطيناك الكوثر فصل لربك وانحر … } قال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لجبريل: ((ما هذه النَّحيرة التى أمرني بها ربي عَزَّ وَجَلَّ؟؛ قال: إنها ليست بنَحيرة، ولكنه يأمرك إذا تحرَّمت للصلاة أن ترفع يديك إذا كبرت، وإذا ركعت، وإذا رفعت رأسك من الركوع! فإنها صلاتنا وصلاة الملائكة الذين في السماوات السبع. وإن لكل شيء زينةً، وزينة الصلاة رفع الأيدي عند كل تكبيرة)). وقال: قال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((رَفْعُ الأَيْدِي مِنَ الاِسْتِكَانَةِ الَّتِي قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: {فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ} [قال: هذه الخشوع]))

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila turun surah ini kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)…” [al-Kawthar: 1-3], Nabi SAW berkata kepada Jibril: Apakah ia sembelihan korban yang diperintahkan oleh Allah kepadaku ini? Jawab Jibril: Ia bukan sembelihan korban tetapi Dia memerintahkan kamu apabila ingin mula solat agar kamu mengangkat kedua tangan ketika bertakbir dan apabila ruku’ serta apabila kamu mengangkat kepalamu daripada ruku’ maka ia merupakan solat kami dan solat para malaikat di langit-langit yang tujuh. Adapun setiap sesuatu itu ada perhiasan dan perhiasan solat itu adalah mengangkat kedua tangan setiap kali bertakbir. Nabi SAW bersabda: Mengangkat kedua tangan termasuk di dalam kepatuhan (al-Istikanah) kepada Allah yang disebutkan oleh Allah dalam firmanNya: “Maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).” [al-Mu’minun: 76] Ianya (al-Istikanah) ialah khusyuk.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1553, hadis nombor 7874. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن علي -رضي الله عنه- قال: لما نزلت هذه السورة على النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ {إنا أعطيناك الكوثر فصل لربك وانحر … } قال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لجبريل: ((ما هذه النَّحيرة التى أمرني بها ربي عَزَّ وَجَلَّ؟؛ قال: إنها ليست بنَحيرة، ولكنه يأمرك إذا تحرَّمت للصلاة أن ترفع يديك إذا كبرت، وإذا ركعت، وإذا رفعت رأسك من الركوع! فإنها صلاتنا وصلاة الملائكة الذين في السماوات السبع. وإن لكل شيء زينةً، وزينة الصلاة رفع الأيدي عند كل تكبيرة)). وقال: قال النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((رَفْعُ الأَيْدِي مِنَ الاِسْتِكَانَةِ الَّتِي قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: {فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ} [قال: هذه الخشوع])) [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن أبي حاتم، ك، هق، ((الضعيفة)) (6008)]

(Palsu)
Daripada Ali RA beliau berkata: “Apabila turun surah ini kepada Nabi SAW: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)…” [al-Kawthar: 1-3], Nabi SAW berkata kepada Jibril: Apakah ia sembelihan korban yang diperintahkan oleh Allah kepadaku ini? Jawab Jibril: Ia bukan sembelihan korban tetapi Dia memerintahkan kamu apabila ingin mula solat agar kamu mengangkat kedua tangan ketika bertakbir dan apabila ruku’ serta apabila kamu mengangkat kepalamu daripada ruku’ maka ia merupakan solat kami dan solat para malaikat di langit-langit yang tujuh. Adapun setiap sesuatu itu ada perhiasan dan perhiasan solat itu adalah mengangkat kedua tangan setiap kali bertakbir. Nabi SAW bersabda: Mengangkat kedua tangan termasuk di dalam kepatuhan (al-Istikanah) kepada Allah yang disebutkan oleh Allah dalam firmanNya: “Maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).” [al-Mu’minun: 76] Ianya (al-Istikanah) ialah khusyuk.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn Abi Hatim, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6008]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs