TEKS BAHASA ARAB
أتى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قوما من الأنصار وهم يبنون مسجدا، فقال لهم: أوسعوه، تملؤه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah SAW datang kepada suatu kaum dari kalangan Ansar ketika mereka sedang membina masjid, lalu baginda berkata kepada mereka: “Luaskanlah ia (iaitu: masjid) dan hendaklah kamu memenuhinya.”
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي قتادة – رضي الله عنه – ، قال: أتى رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم – قوما من الأنصار، وهم يبنون مسجدا، فقال لهم: ((أوسعوه تملؤوه)). [تخ، عق، ابن خزيمة، ((الضعيفة)) (1529)]
(Lemah)
Daripada Abu Qatadah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW datang kepada suatu kaum dari kalangan Ansar ketika mereka sedang membina masjid, lalu baginda berkata kepada mereka: “Luaskanlah ia (iaitu: masjid) dan hendaklah kamu memenuhinya.”
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn Khuzaymah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1529]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.