Rasulullah S.A.W. apabila singgah di suatu tempat persinggahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا نزل منزلا لم يرتحل حتى يصلي ركعتين أو صلاة يودع بها المنزل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W. apabila singgah di suatu tempat persinggahan, baginda tidak akan meneruskan perjalanan sehinggalah baginda solat dua rakaat atau solat untuk meninggalkan tempat tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 292, hadis nombor 1535. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس -رضي الله عنه – مرفوعا: «كان إذا نزل منزلا لم يرتحل حتى يصلي ركعتين أو صلاة يودع بها المنزل».
[طس، ك، هق، الطبراني في «جزء ما انتخبه الطبراني لابنه أبي ذر»، عق، «الضعيفة» (4214)]

(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah S.A.W. apabila singgah di suatu tempat persinggahan, baginda tidak akan meneruskan perjalanan sehinggalah baginda solat dua rakaat atau solat untuk meninggalkan tempat tersebut.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath, Mustadrak al-Hakim, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, al-Tabarani dalam Juzu’ Ma Intakhabahu al-Tabarani libnihi Abi Dzar, al-Dhu‘afa’ al-Kabir oleh Al-’Uqaili. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4214]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.