Lelaki yang soleh akan membawa khabar

TEKS BAHASA ARAB

الرجل الصالح يأتي بالخبر الصالح، و الرجل السوء يأتي بالخبر السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Lelaki yang soleh akan membawa khabar yang baik-baik dan lelaki yang jahat akan membawa khabar yang buruk-buruk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 169, hadis nombor 848. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: الرَّجلُ الصَّالحُ يأتي بالخبرِ الصَّالحِ، و الرَّجلُ السَّوءُ يأتي بالخبرِ السَّوءِ.
[حل، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (455)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’: Lelaki yang soleh akan membawa khabar yang baik-baik dan lelaki yang jahat akan membawa khabar yang buruk-buruk.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 455]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.