Rasulullah ﷺ tidak pernah meniup pada makanan dan tidak juga minuman

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لم يكن رسول الله ﷺ ينفخ في طعام، ولا شراب، ولا يتنفس في الإناء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ tidak pernah meniup pada makanan dan tidak juga minuman. Baginda juga tidak pernah bernafas di dalam bekas minuman.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis nombor 2192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «لم يكن رسول الله ﷺ ينفخ في طعام، ولا شراب، ولا يتنفس في الإناء». [هـ، «الضعيفة» (4254)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: "Rasulullah ﷺ tidak pernah meniup pada makanan dan tidak juga minuman. Baginda juga tidak pernah bernafas di dalam bekas minuman". [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4254].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.