Baginda makan tembikai wangi bersama kurma matang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل الخربز بالرطب، ويقول: هما الأطيبان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda makan tembikai wangi bersama kurma matang dan baginda bersabda: "Kedua-dua ini adalah yang paling bagus".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 408, hadis nombor 2193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – مرفوعاً: «كان يأكل الخربز بالرطب، ويقول: هما الأطيبان». [الطيالسي، «الضعيفة» (4257)].

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Baginda makan tembikai wangi bersama kurma matang dan baginda bersabda: "Kedua-dua ini adalah yang paling bagus". [Riwayat al-Tayalisi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4257].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.