TEKS BAHASA ARAB
حديث: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتخلل بالقصب والآس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Rasullullah SAW menegah dijadikan cuka tebu dan myrtus (sejenis bunga).
STATUS
Terlalu lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 158, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وفي إسناد: محمد بن عبد الملك الأنصاري متروك.
رواه العقيلي بإسناده آخر فيه وضاع .
وأخرجه ابن السني أيضا وله طرق أخرى أوردها صاحب اللآلئ.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Muhammad bin Abd Malik al-Ansari iaitu seorang yang matruk (terlalu daif).
Al-‘Uqaili meriwayatkan dengan sanadnya yang lain, padanya terdapat pereka hadith.
Ibn Sunni meriwayatkan juga dan beliau mempunyai jalan lain seperti yang dilaporkan oleh pengarang kitab al-La’ali’.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.