Makan di pasar adalah suatu kehinaan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الأكل في السوق دناءة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Makan di pasar adalah suatu kehinaan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 158, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه البيهقي عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن الفرات كذاب.
ورواه الخطيب بإسناده فيه الهيثم بن سهل وهو ضعيف.
ورواه ابن عدي من حديث أبي أمامة وفي إسناده: مجروحان.
قال العقيلي: لا يثبت في هذا الباب شيء.

Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Muhammad Bin Furat seorang perawi pendusta.
Al-Khatib meriwayatkan pada sanadnya terdapat al-Haitham bin Sahl iaitu seorang yang lemah.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada hadith Abu Umamah pada sanadnya terdapat dua perawi yang dikritik.
Al-‘Uqaili berkata: Tidak ada satupun hadith yang sahih dalam bab ini.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs