Rahmat pertama yang diangkat dari bumi adalah penyakit taun

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أول رحمة ترفع عن الأرض الطاعون وأول نعمة ترفع عن الأرض العسل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rahmat pertama yang diangkat dari bumi adalah penyakit taun, dan nikmat pertama yang diangkat dari bumi adalah madu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 179, hadis nombor 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان وقال: لا أصل له.علي بن عروة: يضع.

Ibn Hibban meriwayatkan dan berkata: Hadith ini tidak ada asal baginya.Ali bin Urwah mereka hadith palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs