Janganlah engkau memotong daging dengan pisau

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: لا تقطعوا اللحم بالسكين فإن ذلك من صنع الأعاجم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Janganlah engkau memotong daging dengan pisau, sesungguhnya ia adalah perbuatan orang ‘Ajam (bukan orang Arab).

STATUS

Tidak Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 169, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال أحمد: ليس بصحيح. وقد كان النبي صلى الله عليه وسلم يحتز من لحم الشاة. في إسناده: أبو معشر وليس بشيء.قال في اللآلىء: أخرجه أبو داود حدثنا سعيد بن منصور حدثنا أبو معشر به وأخرجه البيهقي في الشعب وقال: تفرد به أبو معشر المدني.وليس بالقوي وليس في الحديث ما يسوغ الحكم بالوضع.

Ahmad berkata: Hadith ini tidak sahih.Sesungguhnya Baginda Nabi SAW memotong daging kambing.Pada sanadnya terdapat Abu Ma’syar yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’.Al-Suyuthi menyebut di dalam kitab al-La’ali’: Abu Daud meriwayatkan bahawa Said bin Mansur telah menceritakan kepada kami, Abu Ma’shar telah menceritakan kepada kami dengan hadith tersebut Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya al-Shu‘ab , dan al-Baihaqi berkata: Abu Ma’shar bersendirian dalam meriwayatkan hadith dan beliau dihukumkan sebagai laysa bi al-qawiy dan tiada pada hadith bukti yang boleh menghukumkannya sebagai palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.