Perumpamaan seorang wanita solehah diumpamakan seperti Ghurab al A’sam

TEKS BAHASA ARAB

مثل المرأة الصالحة في النساء كمثل الغراب الأعصم، قيل: وما الغراب الأعصم؟ قال: الذي إحدى رجليه بياض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perumpamaan seorang wanita solehah diumpamakan seperti Ghurab al A’sam . Ditanyakan: “Apakah itu Ghurab al A’sam?” Rasulullah SAW bersabda: “Sejenis burung gagak yang salah satu kakinya berwarna putih”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 932, hadis nombor 4796. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي أمامة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((مثل المرأة الصالحة في النساء كمثل الغراب الأعصم))، قيل: وما الغراب الأعصم؟ قال: ((الذي إحدى رجليه بياض)).
[طب، ((الضعيفة)) (2802)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perumpamaan seorang wanita solehah diumpamakan seperti Ghurab al A’sam . Ditanyakan: “Apakah itu Ghurab al A’sam?” Rasulullah SAW bersabda: “Sejenis burung gagak yang salah satu kakinya berwarna putih”.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2802].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs