Bagaimana aku tidak marah, aku menyuruh melakukan sesuatu tapi aku tidak diikuti

TEKS BAHASA ARAB

وما لي لا أغضب وأنا آمر بالأمر فلا أتبع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bagaimana aku tidak marah, aku menyuruh melakukan sesuatu tapi aku tidak diikuti.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1282, hadis nombor 6567. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن البراء بن عازب رضي الله عنه، قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم وأصحابه، قال: فأحرمنا بالحج، فلما قدمنا مكة؛ قال: اجعلوا حجكم عمرة. قال: فقال الناس: يا رسول الله! قد أحرمنا بالحج؛ فكيف نجعلها عمرة؟! قال: انظروا ما آمركم به فافعلوا. فردوا عليه القول! فغضب، ثم انطلق حتى دخل على عائشة غضبان، فرأت الغضب في وجهه، فقالت: من أغضبك أغضبه الله؟! قال: وما لي لا أغضب وأنا آمر بالأمر فلا أتبع.
[هـ، حم، ((الضعيفة)) (4753)]

(Lemah)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA, katanya: Rasulullah dan para sahabat baginda telah keluar, al-Bara’ berkata: Lalu kami melakukan ihram haji. Apabila kami mendatangi Makkah, baginda bersabda: Jadikanlah haji kamu sebagai umrah. Al-Bara’ berkata: Lalu orang ramai bertanya: Wahai Rasulullah! Kami telah berihram haji, bagaimana kami mahu jadikannya sebagai umrah? Baginda bersabda: Lihatlah pada perintahku pada kamu, lalu laksanakanlah. Mereka pun menolak arahan tersebut, lalu baginda marah. Kemudian baginda pergi hingga baginda masuk ke tempat ‘Aishah dalam keadaan marah. ‘Aishah melihat kemarahan pada wajah baginda, lalu beliau berkata: Sesiapa yang membuat anda marah? Semoga Allah memurkainya. Baginda bersabda: Bagaimana aku tidak marah, aku menyuruh melakukan sesuatu tapi aku tidak diikuti.
[Riwayat Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs