TEKS BAHASA ARAB
أن النبي صلى الله عليه وسلم: لما دخل مكة، وجد بها ثلاثمائة وستين صنما، فأشار بعصاه إلى كل صنم، وقال: {جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا} فيسقط الصنم، ولم يمسه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya apabila Nabi SAW memasuki Mekah, Baginda mendapati padanya 360 berhala, lalu Baginda menunjuk ke setiap berhala dengan tongkatnya dan berkata, firman Allah SWT: ‘Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran, dan hilanglah perkara yang batil; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". [al-Isra: 81]. Lalu berhala itu pun jatuh dan Baginda tidak menyentuhinya sekalipun.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1560, hadis nombor 7902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن ابن عمر- رضي الله عنهما_، مرفوعا: ((أأن النبي صلى الله عليه وسلم: لما دخل مكة، وجد بها ثلاثمائة وستين صنما، فأشار بعصاه إلى كل صنم، وقال: {جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا} فيسقط الصنم، ولم يمسه.)). [حب، طس،((الضعيفة )) (6397)]
(Munkar seluruhnya) Daripada Ibn Umar RِA, secara marfu’ disandarkan kepada Nabi SAW): Bahawa sesungguhnya apabila Nabi SAW memasuki Mekkah, Baginda mendapati padanya 360 berhala, lalu Baginda menunjuk ke setiap berhala dengan tongkatnya dan berkata, firman Allah SWT: ‘Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran, dan hilanglah perkara yang bathil; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap". [al-Isra: 81]. Lalu berhala itu pun jatuh dan Baginda tidak menyentuhinya sekalipun. [Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam kitab Sahihnya, lihat Silsilah al-Daifah, no.6397)].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.