TEKS BAHASA ARAB
ما من رجل علم ولده القرآن إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسي حلتين لم ير الناس مثلهما.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada seorang lelaki yang mengajari anaknya al-Quran melainkan akan diletakkan dimahkotakan kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat dengan mahkota raja dan diberi pakaian kedua ibu bapanya dengan pakaian yang tidak pernah manusia lihat.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1561, hadis nombor 7904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل-رضي الله عنه-،مرفوعا:(( فعلمه القرآن، فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من رجل علم ولده القرآن إلا توج أبواه يوم القيامة بتاج الملك، وكسي حلتين لم ير الناس مثلهما)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) 6120].
(Sangat lemah) Dari Mu’az bin Jabal secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Maka ajarilahnya al-Quran kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang lelaki yang mengajari anaknya al-Quran melainkan akan diletakkan dimahkotakan kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat dengan mahkota raja dan diberi pakaian kedua ibu bapanya dengan pakaian yang tidak pernah manusia lihat.” [Diriwayatkan oleh Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Daifah no.6120].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.