Perbanyakkanlah menyentuh batu (Hajarul Aswad) ini

TEKS BAHASA ARAB

أكثروا استلام هذا الحجر، فإنكم يوشك أن تفقدوه بينما الناس ذات ليلة يطوفون به إذ أصبحوا وقد فقدوه، إن الله لا ينزل شيئا من الجنة إلا أعاده فيها قبل يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perbanyakkanlah menyentuh batu (Hajarul Aswad) ini, kerana dibimbangi kamu semua akan kehilangannya, ketika mana manusia sedang bertawaf mengelilinginya pada waktu malam; menjelang waktu subuh, mereka akan kehilangannya. Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan sesuatu dari syurga kecuali Dia akan mengembalikannya ke syurga sebelum hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 736, hadis nombor 3763. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((أكثروا استلام هذا الحجر، فإنكم يوشك أن تفقدوه بينما الناس ذات ليلة يطوفون به إذ أصبحوا وقد فقدوه، إن الله لا ينزل شيئا من الجنة إلا أعاده فيها قبل يوم القيامة)). [الأزرقي في ((أخبار مكة))، فر، ((الضعيفة)) (2878)]

(Lemah)
Daripada Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Perbanyakkanlah menyentuh batu (Hajarul Aswad) ini, kerana dibimbangi kamu semua akan kehilangannya, ketika mana manusia sedang bertawaf mengelilinginya pada waktu malam; menjelang waktu subuh, mereka akan kehilangannya. Sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan sesuatu dari syurga kecuali Dia akan mengembalikannya ke syurga sebelum hari kiamat.
[Riwayat al-Azraqi dalam Akhbar Mekah dan al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2878]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs