TEKS BAHASA ARAB
الزم هذا البيت، ولو لم تصب شيئا تأكله إلا المسك أي الإهاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Lazimilah rumah (Kaabah) ini, walaupun kamu tidak menjumpai apa-apa makanan pun kecuali al-Mask iaitu kulit binatang.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 736, hadis nombor 3764. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي الطفيل عامر بن واثلة – رضي الله عنه -، قال: قال خليلي أبو القاسم: ((الزم هذا البيت، ولو لم تصب شيئا تأكله إلا المسك أي الإهاب)). [فر، ((الضعيفة)) (2904)]
(Lemah)
Daripada Abu Tufail Amir bin Wathilah RA berkata: Kekasihku Abu al-Qasim (gelaran untuk Rasulullah SAW) bersabda: Lazimilah rumah (Kaabah) ini, walaupun kamu tidak menjumpa apa-apa makanan pun kecuali al-Mask iaitu kulit binatang.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2904]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.