Perasaan sayang boleh diwarisi

TEKS BAHASA ARAB

الود يتوارث والبغض يتوارث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Perasaan sayang boleh diwarisi. Perasaan benci juga boleh diwarisi.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 1, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البخاري في التاريخ الكبير (1/ 1/ 121) والطبراني في الكبير (ج 17/ رقم 507) والحاكم (4/ 176) والخطيب في الموضح (1/ 24) والقضاعي في مسند الشهاب (رقم 218) من طريق عبد الرحمن بن أبي بكر، عن محمد بن طلحة بن عبد الله بن عبد الرحمن صلى الله عليه وآله وسلم يقول في الود؟ قال فذكره.
قال الحاكم: صحيح الإسناد فتعقبه الذهبي بقوله: المليكي واه وفي الحبر انقطاع.
قلت: والمليكي هذا، هو عبد الرحمن بن أبي بكر. والانقطاع. بين طلحة ابن عبد الله وبين أبي بكر رضي الله عنه فإنه ما أدركه.وقد قال الدارقطني في العلل (ج 1/ ق 21/ 1): محمد بن طلحة عن أبيه مرسلا عن أبي بكر فهو يشير إلى الانقطاع.
وقد رواه عن المليكي على هذا الوجه أبو عامر العقدى، وموسى بن داود الضبي، وشبابه بن سوار وغيرهم وخالفهم يوسف بن عطية فرواه عن أبي بكر المليكي عن محمد بن طلحة عن أبيه عن عبد الرحمن بن أبي بكر قال لقى أبو بكر الصديق رجلا من العرب يقال له: عفير، فقال له أبو بكر ما سمعت من رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يقول في الود؟ قال فذكره مرفوعا. فزاد يوسف بن عطية في السند عبد الرحمن بن أبي بكر.
أخرجه الحاكم (4/ 176) من طريق يحيى بن يحيى، ثنا يوسف فذكره وسكت عنه، فقال الذهبي: يوسف هالك .
وقد أخرجه الطبراني في الكبير (ج 17/ رقم 508) من طريق على ابن سعيد المسروقي، ثنا يوسف بن عطية عن أبي بكر بن عبد الله، عن أبيه عن عبد الرحمن بن أبي بكر فذكره. فلا أدري هل وقعت زيادة في السند عند الحاكم أم هو اختلاف في السند من قبل يوسف هذا.
ومن وجوه الاختلاف في سند هذا الحديث أن ابن المبارك رواه عن محمد ابن عبد الرحمن، عن محمد بن فلان بن طلحة، عن أبي بكر بن حزم، عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وآله وسلم قال: إن الود يتوارث أخرجه البخاري في ابن المبارك عن محمد بن عبد الرحمن بن فلان بن طلحة فيظهر لى أنه خطأ ومحمد بن فلان بن طلحة، لم أعرفه.
وفي شيوخ ابن أبي ذئب من تهذيب الكمال (ج 3/ لوحة 1232) أنه يروي عن: محمد بن عبد الرحمن بن طلحة روى عن صفية بنت شيبة وروى عنه شعبة ووكيع وابن المبارك ولكن فيه خلاف كما بينه الحافظ في التهذيب.
ورواه ابن فديك عن عبد الرحمن بن أبي بكر، عن محمد بن طلحة، عن أبيه، عن أبي بكر الصديق مرفوعا فذكره. أخرجه أبو الشيخ في الأمثال (133/ 1) والخطيب في الموصح (1/ 24) من طريق ضرار بن صرد، ثنا ابن أبي فديك به.
قلت: وسنده ساقط. وضرار بن صرد كذبه ابن معين، وتركه غيره ولكنه توبع. تابعه المسيب بن شريك، أخبرني عبد الرحمن بن أبي بكر به. أخرجه الخطيب في الموضح (1/ 24) . وسنده واه. وآفته المسيب هذا، قال فيه أحمد: ترك الناس حديثه. وكذا تركه مسلم وغيره. وقال البخاري: سكتوا عنه.
ووجه آخر من الاختلاف في سنده. فقد رواه على بن داود القنطرى عن آدم بن أبي إياس عن عبد الرحمن ابن أبي بكر عن محمد بن طلحة، عن أبيه، عن عائشة، عن أبي بكر. فذكره مرفوعا. فزيد في السند ذكر عائشة.
ذكره الدارقطني في العلل (ج 1/ ق 21/ 1) وقال: قال ذلك على بن داود القنطري عن آدم ووهم في ذكر عائشة رضي الله عنها.
قلت: ويقصد الدارقطني بالتوهم آدم بن إياس دون على بن داود. بدليل أنه قال عقب ذلك: وخالفه جماعة منهم: المعافي بن عمران وموسى ابن داود وغيرهم فرووه عن المليكي الخ. والمليكي: هو عبد الرحمن بن أبي بكر الذي روى عنه آدم والله أعلم. فالحديث مرة يروى عن أبي بكر عن عفير. ورجحه الدارقطني. ومرة: عن أبي بكر نفسه ومرة: عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم.
فهذا اضطراب يقدح في صحته، مع ضعف جميع أسانيده، أضف إلى ذلك النقطاع في سنده كيفما دار. والله أعلم وله شاهد من حديث رافع ابن خديج رضي الله عنه أخرجه الطبراني في الكبير (ج 4/ رقم 4419) من طريق ألوا قدي، ثنا رافع بن خديج مرفوعا: الود الذي يتوارث، في أهل الإسلام وسنده ضعيف جدا، والوا قدي متروك كما قال الهيثمي (10/ 280) .

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (1/1/121), al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 17/hadith : 507), al-Hakim (4/176), al-Khatib dalam al-Mudhih (1/24) juga al-Qudha’ei dalam Musnad al-Shihab (hadith : 218) melalui sanad ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr daripada Muhammad bin Talhah bin ‘Abdillah bin ‘Abd al-Rahman bahawa “Baginda SAW bersabda berkenaan perasaan sayang. Perawi berkata : Lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Al-Hakim berkata: Sanadnya sahih. Namun al-Zahabi telah memberikan komentar terhadap al-Hakim. Dia berkata: al-Mulaiki seorang Wahin. Dalam sanad hadith tersebut juga terputus.
Saya berkata: al-Mulaiki ini adalah ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr. Manakala, terputus sanad pula antara Talhah Ibn ‘Abdillah dan Abu Bakr, kerana Talhah tidak sempat bertemu Abu Bakr.
Al-Daraqutni berkata dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 21/1): Muhammad bin Talhah daripada ayahnya secara mursal daripada Abu Bakr”. Beliau isyaratkan kepada terputus sanad tersebut. Hadith tersebut turut telah diriwayatkan oleh Abu ‘Amir al-‘Aqdi, Musa bin Daud al-Dhabbi, Shababah bin Sawwar, dan lain-lain daripada al-Mulaiki melalui sanad ini. Yusuf bin ‘Atiyyah pula telah meriwayatkan berbeza dengan mereka semua. Yusuf telah meriwayatkan hadith tersebut daripada Abu Bakr al-Mulaiki daripada Muhammad bin Talhah daripada ayahnya daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr, katanya : Abu Bakr telah bertemu seorang lelaki daripada kalangan ‘Arab, beliau digelar sebagai ‘Ufair. Abu Bakar pun berkata kepadanya: Apakah yang telah kamu dengar daripada Rasulullah SAW tentang perasaan sayang? Lelaki itu menjawab. Lalu beliau pun menyebutkan hadith itu secara marfu.
Yusuf bin ‘Atiyyah telah menambah perawi bernama ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr dalam sanad tersebut. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Hakim (4/176) melalui sanad Yahya bin Yahya, katanya Yusuf telah menceritakan kepada kami, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Al-Hakim tidak memberikan komentar. Oleh itu, al-Zahabi berkata: Yusuf seorang perosak. Selain itu, hadith tersebut juga telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 17/hadith : 508) melalui sanad ‘Ali Ibn Sa’id al-Masruqi, katanya Yusuf bin ‘Atiyyah telah menceritakan kepada kami daripada Abi Bakr bin ‘Abdillah daripada ayahnya daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut. Saya tidak tahu samada berlakunya penambahan pada sanad tersebut disebabkan oleh al-Hakim atau ianya perbezaan pada sanad tersebut berpunca daripada Yusuf.
Sudut perbezaan pada sanad hadith ini adalah Ibn al-Mubarak telah meriwayatkannya daripada Muhammad Ibn ‘Abd al-Rahman daripada Muhammad bin Fulan bin Talhah daripada Abu Bakr bin Hizam daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW, bahawa Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya perasaan sayang itu boleh diwarisi”. Ianya juga telah dikeluarkan oleh al-Bukhari bahawa Ibn al-Mubarak daripada Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Fulan bin Talhah. Yang jelas kepada saya adalah ianya suatu kesalahan. Saya tidak mengenali beliau.
Manakala dalam senarai guru-guru Ibn Abi Zi’b melalui Tahzib al-Kamal (juz 3/lembaran 1232) bahawa beliau ada meriwayatkan daripada Muhammad bin ‘Abd al-Rahman bin Talhah, beliau meriwayatkan daripada Safiyyah binti Shaybah. Kemudian, perawi yang meriwayatkan daripada beliau pula adalah Syu’bah, Waki’ dan Ibn al-Mubarak. Namun, terdapat perbezaan tentang beliau sebagaimana yang telah al-Hafiz nyatakan dalam al-Tahzib.
Ibn Fudaik turut meriwayatkannya daripada ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr daripada Muhammad bin Talhah daripada ayahnya daripada Abu Bakr al-Siddiq secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith itu. Abu al-Syeikh dalam al-Amthal (1/133) dan al-Khatib dalam al-Mudhih (1/24) telah mengeluarkannya melalui sanad Dhirar bin Surad, katanya Ibn Abi Fudaik telah menceritakan kepada kami dengan sanad beliau.
Saya berkata: Sanadnya Saqit (Gugur). Dhirar bin Surad dinilai sebagai pendusta oleh Ibn Ma’in, sementara yang lain pula telah meninggalkan hadithnya. Namun, riwayat beliau ada sokongan. Beliau telah disokong oleh al-Musayyib bin Shuraik, katanya ‘Abd al-Rahman bin Abi Bakr telah khabarkan kepada saya dengan sanad beliau. Al-Khatib telah mengeluarkannya dalam al-Mudhih (1/24). Sanadnya Wahin (Terlalu Dha’if). Puncanya adalah al-Musayyib itu. Ahmad berkata berkenaan beliau: Orang ramai telah meninggalkan hadith beliau.
Demikian juga Muslim dan lain-lain telah meninggalkan hadithnya. Al-Bukhari pula berkata: “Mereka berdiam diri dari meriwayatkan daripada beliau”. Terdapat satu sudut lain berkenaan perbezaan yang berlaku pada sanadnya. ‘Ali bin Daud al-Qantari telah meriwayatkannya daripada Adam bin Abi Iyas daripada ‘Abd al-Rahman Ibn Abi Bakr daripada Muhammad bin Talhah daripada ayahnya daripada ‘Aishah daripada Abu Bakr, lalu beliau menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Berlaku penambahan sebutan ‘Aishah dalam sanad tersebut. Al-Daraqutni telah menyebutkannya dalam al-‘Ilal (juz 1/hlm. 21/1) serraya berkata: Ali bin Daud al-Qantari telah menyebutkannya daripada Adam. Beliau telah terkeliru dalam menyebutkan ‘Aishah r.a.
Saya berkata: al-Daraqutni maksudkan dengan terkeliru tadi adalah Adam bin Iyas, bukan ‘Ali bin Daud. Buktinya, al-Daraqutni berkata setelah itu: “Beliau telah menyelisihi sekumpulan perawi lain, antaranya: al-Ma’afi bin ‘Imran, Musa Ibn Daud dan lain-lain yang meriwayatkannya daripada al-Mulaiki..”. Maka, hadith tersebut ada sekali ianya diriwayatkan daripada Abu Bakr daripada ‘Ufair al-Daraqutni menilainya sebagai yang rajih. Kali lain pula hadith itu daripada Abu Bakr sendiri, manakala di tempat yang lain pula daripada seorang lelaki dalam kalangan sahabat Nabi SAW.
Ini adalah ketidaktetapan yang boleh memberikan kesan terhadap kesahihan hadith, disamping kesemua sanad-sanadnya adalah dha’if. Ditambah pula berlakunya terputus sanadnya dari arah mana pun. Wallahua’lam. Hadith tersebut ada sokongan melalui hadith Rafi’ bin Khadij r.a. Ianya telah dikeluarkan oleh al-Tabarani dalam al-Kabir (juz 4/hadith : 4419) melalui sanad al-Waqidi, Rafi’ bin Khadij telah menceritakan kepada kami secara marfu’: Kasih sayang yang boleh diwarisi dalam kalangan penganut Islam. Sanadnya terlalu dha’if. Al-Waqidi seorang yang Matruk sebagaimana kata al-Haythami (10/1280).

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.