Penduduk langit tidak dapat mendengar apa-apa perkataan daripada penduduk bumi selain azan

TEKS BAHASA ARAB

إن أهل السماء لا يسمعون شيئا من أهل الأرض، إلا الأذان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya penduduk langit tidak dapat mendengar apa-apa perkataan daripada penduduk bumi selain azan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 60, hadis nombor 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا. أخرجه أبو يعلى – كما في المطالب العالية (235) وابن حبان في المجروحين (2/ 63- 64) وابن عدي في الكامل (4/ 1630) وأبو أمية الطرسوسي في مسند ابن عمر (24/ 12) وابن الجوزى في الواهيات (1/ 392) وأبو الشيخ في كتاب الأذان كما في الحبائك (148) من طريق عبيد الله بن الوليد الوصافي عن محارب بن دثار عن ابن عمر مرفوعا. قال ابن عدي: عبيد الله بن الوليد الوصافي لا يتابع على هذا الحديث قلت: وهو واه ضعفه أبو زرعة والدارقطني وتركه النسائي والفلاس. وقال ابن حبان: منكر الحديث جدا. ولذا ابن الجوزى: هذا حديث لا يصح.

Dha’if Jiddan. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Ya’la – sebagaimana dalam al-Matalib al-‘Aliyah (235) -, Ibn Hibban dalam al-Majruhin (2/63-64), Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (4/163), Abu Umaiyyah al-Tursusi dalam Musnad Ibn ‘Umar (24/12), Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat (1/392) dan Abu al-Syeikh dalam Kitab al-Azan – sebagaimana dalam al-Haba’ik (148) – melalui sanad ‘Ubaidullah bin al-Walid al-Wassafi daripada daripada Muharib bin Dithar daripada Ibn ‘Umar secara mawquf. Ibn ‘Adi berkata: "Ubaidullah bin al-Walid al-Wassafi tidak ada sokongan bagi riwayat beliau".
Saya berkata: Beliau Wahin (terlalu dha’if). Abu Zur’ah dan al-Daraqutni menilai beliau sebagai dha’if. Al-Nasa’ei dan al-Fallas pula meninggalkan beliau. Ibn Hibban berkata: "Munkar al-Hadith jiddan". Oleh itu, Ibn al-Jawzi berkata: "Ini adalah hadith yang tidak sahih".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs