Pembuka al-Quran (al-Fatihah) menyamai dua pertiga al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

فاتحة الكتاب تعدل بثلثي القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pembuka al-Quran (al-Fatihah) menyamai dua pertiga al-Quran.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1532, hadis nombor 7783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله صلى الله عليهم وسلم:(( فاتحة الكتاب تعدل بثلثي القرآن)). [عبد بن حميد ((الضعيفة)) (5669)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Pembuka al-Quran (al-Fatihah) menyamai dua pertiga al-Quran.”
[Riwayat Abd bin Humaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5669].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.