TEKS BAHASA ARAB
سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tujuh golongan yang dinaungi Allah di dalam naungannya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu pemimpin yang adil, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang memiliki rupa paras cantik dan mempunyai kedudukan. Namun dia berkata: “Sungguh aku takut kepada Allah”, seseorang yang hatinya bergantung pada masjid, seorang lelaki yang mempelajari al-Quran pada waktu kecilnya dan dia membacanya pada waktu dewasanya, seorang lelaki yang menyedekahkan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah ketika bersendiri sehingga kedua matanya menangis kerana takutkan Allah, seseorang yang bertemu saudaranya lalu dia berkata: Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah. Dan dijawab oleh saudaranya: Dan aku mencintaimu kerana Allah.”
STATUS
Munkar dengan riwayat ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1530, hadis nombor 7776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكربهذا السياق) عن أبي هريرة- رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم-،: ((سبعة يظلهم الله تحت ظله يوم لا ظل إلا ظله: إمام مقسط، ورجل لقيته امرأة ذات جمال ومنصب، فعرضت نفسها عليه، فقال: إني أخاف الله رب العالمين، ورجل قلبه متعلق بالمساجد، ورجل تعلم القرآن في صغره؛ فهو يتلوه في كبره؛، ورجل تصدق بصدقة بيمينه فأخفاها عن شماله، ورجل ذكر الله في برية ففاضت عيناه، خشية من الله عز وجل، ورجل لقي رجلا فقال: إني أحبك في الله. فقال له الرجل: وأنا أحبك في الله)). [هب، ((الضعيفة)) (5824)].
(Munkar dengan riwayat ini)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: (Tujuh golongan yang dinaungi Allah di dalam naungannya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Iaitu pemimpin yang adil, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang memiliki rupa paras cantik dan mempunyai kedudukan. Namun dia berkata: “Sungguh aku takut kepada Allah”, seseorang yang hatinya bergantung pada masjid, seorang lelaki yang mempelajari al-Quran pada waktu kecilnya dan dia membacanya pada waktu dewasanya, seorang lelaki yang menyedekahkan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah ketika bersendiri sehingga kedua matanya menangis kerana takutkan Allah, seseorang yang bertemu saudaranya lalu dia berkata: Sesungguhnya aku mencintaimu kerana Allah. Dan dijawab saudaranya: Dan aku mencintaimu kerana Allah.”
[Riwayat al-Baihaqi di dalam al-Shua’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5824].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.