Sedekah yang paling baik

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أتدرون أي الصدقة أفضل؟ قالوا: الله ورسوله أعلم، قال: المنيحة أن يمنح أحدكم أخاه الدرهم، أو ظهر الدابة، أو لبن الشاة، أو لبن البقرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pemberian (yang terbaik) itu adalah seseorang dari kamu memberi saudaranya dirham, atau menunggang (memberi tumpang) tunggangan, atau susu kambing, atau susu lembu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 868, hadis nombor 4437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله -رضي الله عنه- عن النبي -صلى الله عليه وسلم: ((أتدرون أي الصدقة أفضل؟)) قالوا: الله ورسوله أعلم، قال: ((المنيحة أن يمنح أحدكم أخاه الدرهم، أو ظهر الدابة، أو لبن الشاة، أو لبن البقرة)). [حم، ((الضعيفة)) (1778، 2840)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW: “Adakah engkau mengetahui apakah sedekah yang paling baik? Mereka berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui, baginda bersabda: “Pemberian (yang terbaik) itu adalah seseorang dari kamu memberi saudaranya dirham, atau menunggang (memberi tumpang) tunggangan, atau susu kambing, atau susu lembu.”
[Riwayat Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2840, 1778].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.