Pahala melapangkan ruang untuk orang duduk dalam majlis

TEKS BAHASA ARAB

لأن يوسع أحدكم لأخيه في المجلس؛ خير له من عتق رقبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu melapangkan ruang untuk saudaranya (duduk) dalam suatu majlis, itu adalah lebih baik berbanding dia membebaskan seorang hamba.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 226, hadis nombor 1199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((لأن يوسع أحدكم لأخيه في المجلس؛ خير له من عتق رقبة)). [فر، ((الضعيفة)) (5587)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu melapangkan ruang untuk saudaranya (duduk) dalam suatu majlis, itu adalah lebih baik berbanding dia membebaskan seorang hamba.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5587]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.