Paha ‘Abdullah bin Kharrāsh berada di dalam neraka jahanam seperti bukit Uhud

TEKS BAHASA ARAB

فخذ عبد الله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقاً لوالديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Paha ‘Abdullah bin Kharrāsh berada di dalam neraka jahanam seperti bukit Uhud, manakala gigi gerahamnya seperti al-Baiḍā’. Abū Hurairah RA bertanya: Mengapa boleh jadi begitu wahai Rasulullah?! Baginda SAW menjawab: Beliau dahulunya derhaka kepada kedua ibu bapanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 675-676, hadis nombor 3477. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي غسان الضبي، قال: خرجت أمشي مع أبي ‌بظهر ‌الحرة، فلقيني أبو هريرة فقال: من هذا؟ قلت: أبي. قال: لا تمش بين يدي أبيك، ولكن امش خلفه وإلى جنبه، ولا تدع أحداً يحول بينك وبينه، ولا تمش فوق إجار أبوك تحته، ولا تأكل عرقاً أبوك قد نظر إليه؛ لعله قد اشتهاه. ثم قال: أتعرف عبد الله بن خراش؟ قلت: لا. قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((فخذ عبد الله بن خراش في جهنم مثل أحد، وضرسه مثل البيضاء. قال أبو هريرة: ولم ذاك يا رسول الله؟! قال: كان عاقاً لوالديه)). [طس، ((الضعيفة)) (5306)]

(Lemah) Daripada Abū Ghassān al-Ḍabbiy berkata: Aku keluar dan berjalan bersama ayahku di kawasan berbatu, lalu aku bertemu dengan Abū Hurayrah RA dan beliau bertanya: Siapakah ini? Aku menjawab: Ini bapaku. Kemudian beliau berkata: Janganlah engkau berjalan di hadapan bapamu. Akan tetapi berjalanlah di belakangnya atau di sisinya. Dan janganlah engkau biarkan seorang pun ada di antara engkau dengan dia. Janganlah engkau berjalan di atas unta yang mana bapamu berada di bawahnya. Janganlah engkau makan sesuatu yang mana bapamu telah melihat ke arahnya kerana boleh jadi bapamu menginginkannya. Kemudian beliau telah berkata: Adakah kamu mengenali ‘Abdullah bin Kharrāsh? Aku telah menjawab: Tidak. Beliau telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Paha ‘Abdullah bin Kharrāsh berada di dalam neraka jahanam seperti bukit Uhud, manakala gigi gerahamnya seperti al-Baiḍā’. Abū Hurairah RA bertanya: Mengapa boleh jadi begitu wahai Rasulullah?! Baginda SAW menjawab: Beliau dahulunya derhaka kepada kedua ibu bapanya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5306]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs