Pada setiap umat ada majusi dan majusi bagi umat ini ialah golongan al-Qadariah

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل أمة مجوسا وأما مجوس هذه الأمة القدرية فلا تعودوهم إذا مرضوا ولا تصلوا عليهم إذا ماتوا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada setiap umat ada majusi dan majusi bagi umat ini ialah golongan al-Qadariah. Jangan kalian ziarahi mereka sekiranya mereka sakit dan jangan kalian solat ke atas mereka jika mereka meninggal dunia.

STATUS

Sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وَفِي الْوَجِيز عَن أبي هُرَيْرَة «إِنَّ لِكُلِّ أُمَّةٍ مَجُوسًا وَأَمَّا مَجُوسُ هَذِهِ الأُمَّةِ الْقَدَرِيَّةُ فَلا تَعُودُوهُمْ إِذَا مَرِضُوا وَلا تُصَلُّوا عَلَيْهِم إِذا مَاتُوا» فِيهِ جَعْفَر بن الْحَارِث لَيْسَ بِشَيْء. قلت وثقة ابْن عدي. وَقَالَ البُخَارِيّ فِي حفظه شَيْء يكْتب حَدِيثه والْحَدِيث ورد بِهَذَا اللَّفْظ عَن حُذَيْفَة وَجَابِر وَابْن عمر وَبَعض أسانيده على شُرُوط الصَّحِيح.

Dalam kitab Al-Wajiz daripada Abu Hurairah RA: Hadis “Pada setiap umat ada majusi dan majusi bagi umat ini ialah golongan al-Qadariah. Jangan kalian ziarahi mereka sekiranya mereka sakit dan jangan kalian solat ke atas mereka jika mereka meninggal dunia". Dalam sanad hadis ini ada seorang perawi yang bernama Ja’far Bin Al-Harith yang hadisnya tidak ada nilai. Aku katakan bahawa ada juga seorang yang thiqah iaitu Ibn ‘Adiy. Imam Al-Bukhari berkata: Dalam hafalannya ada sedikit kelemahan dan dia menulis hadisnya. Hadis yang menyebut dengan lafaz ini diriwayatkan oleh Huzaifah, Jabir dan Ibn Umar. Sebahagian sanad hadis ini bagiku, ia menepati syarat hadis sahih.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs