Golongan al-Qadariah adalah majusi umat ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

القدرية مجوس هذه الأمة إن مرضوا فلا تعودوهم وإن ماتوا فلا تشهدوهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Golongan al-Qadariah adalah majusi umat ini. Jika mereka sakit, jangan sesekali menziarahi mereka. Jika mereka meninggal dunia, jangan menghadiri upacara pengebumian mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

الْقزْوِينِي «الْقَدَرِيَّةُ مَجُوسُ هَذِهِ الأُمَّةِ إِنْ مَرِضُوا فَلا تَعُودُوهُمْ وَإِنْ مَاتُوا فَلَا تشهدوهم» مَوْضُوع من حَدِيث المصابيح. وَكَذَا «صنفان من أمتِي لَيْسَ لَهما فِي الْإِسْلَام نصيب الْقَدَرِيَّة والمرجئة» .

Daripada Al-Qazwini: Hadis “Golongan al-Qadariah adalah majusi umat ini. Jika mereka sakit, jangan sesekali menziarahi mereka. Jika mereka meninggal dunia, jangan menghadiri upacara pengebumian mereka”. Hadis ini adalah hadis yang palsu, ia diambil daripada kitab Al-Masabih. Begitu juga hadis: “Dua golongan dalam kalangan umatku yang bukan sebahagian daripada Islam. Golongan tersebut ialah al-Qadariah dan al-Murji`ah.”

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.