Pada hari kiamat kelak, Allah SWT sendiri akan perkenalkan diriku

TEKS BAHASA ARAB

يعرفني الله نفسه يوم القيامة فأسجد سجدة يرضى بها عني ثم أمدحه بمدحة يرضى بها عني ثم يؤذن لي في الكلام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat kelak, Allah SWT sendiri akan perkenalkan diriku, lalu aku pun bersujud dengan satu sujud yang membuatkan Dia reda kepadaku, kemudian aku memuji-Nya dengan pujian yang menjadikan Dia reda kepaaku, setelah itu aku dibenarkan untuk berkata-kata.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1123, hadis nombor 5673. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بت كعب رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: يعرّفني الله نفسه يوم القيامة فأسجد سجدة يرضى بها عني ثم أمدحه بمدحة يرضى بها عني ثم يؤذنُ لي في الكلام…كلام طويل كثير.[ابن أبي عاصم في السنة، أبو يعلى في مسنده الكبير، أبو نعيم في أخبار أصبهان، الضعيفة (6602)].

(Palsu) Daripada Ubay bin Ka‘b RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, Allah SWT sendiri akan perkenalkan diriku, lalu aku pun bersujud dengan satu sujud yang membuatkan Dia reda kepadaku, kemudian aku memuji-Nya dengan pujian yang menjadikan Dia reda kepaaku, setelah itu aku dibenarkan untuk berkata-kata… Sebuah ucapan yang begitu panjang. [Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah, riwayat Abu Ya‘la dalam al-Musnad al-Kabir, riwayat Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6602]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.