TEKS BAHASA ARAB
إذا كان يوم القيامة حد الله الذين شتموا عائشة ثمانين ثمانين على رؤوس الخلائق فيستوهب ربي المهاجرين منهم فأستأمرك يا عائشة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada hari kiamat kelak, Allah akan melaksanakan hukuman hudud kepada sesiapa yang mencaci ‘Aishah sebanyak 80 kali sebatan di hadapan sekalian makhluk. Kemudian Tuhanku menyerahkan nasib orang Muhajirin dalam kalangan mereka kepada kamu, wahai ‘Aishah.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1124-1125, hadis nombor 5674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم القيامة حدّ الله الذين شتموا عائشة ثمانين ثمانين على رؤوس الخلائق فيستوهب ربي المهاجرين منهم فأستأمرك يا عائشة. فسمعت عائشة الكلام فبكت وهي في البيت ثم قالت: والذي بعثك بالحق نبيًا لسرورك أطيب من سروري. فتبسم رسول الله صلى الله عليه وسلم ضاحكًا وقال: ابنة أبيها. [طب، الضعيفة (6605)].
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, Allah akan melaksanakan hukuman hudud kepada sesiapa yang mencaci ‘Aishah sebanyak 88 kali sebatan di hadapan sekalian makhluk. Kemudian Tuhanku menyerahkan nasib orang Muhajirin dalam kalangan mereka kepada kamu, wahai ‘Aishah. ‘Aishah mendengar ucapan itu, lantas beliau menangis di rumah. Kemudian beliau berkata: Demi Zat yang mengutuskan kamu dengan kebenaran sebagai Nabi, kegembiraan kamu adalah lebih disukai daripada kegembiraan aku sendiri. Rasulullah tersenyum, lalu berkata: Betul-betul anak perempuan ayahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6605].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.