Pada diri seorang mukmin itu terdapat tiga perkara

TEKS BAHASA ARAB

في المؤمن ثلاث خصال: الطيرة والظن والحسد، فمخرجه من الطيرة ألا يرجع، ومخرجه من الظن ألا يحقق، ومخرجه من الحسد ألا يبغي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada diri seorang mukmin itu terdapat tiga perkara, iaitu: al-Thiyarah (mempercayai sesuatu perkara/kejadian membawa petanda buruk tertentu), al-Zhan (bersangka-sangka), dan juga al-Hasad (dengki). Jalan keluar daripada al-Thiyarah (sekiranya kebetulan berlaku seperti yang dipercayai) adalah dengan tidak kembali (mengikuti kepercayaan tersebut, sebaliknya bertawakkal kepada Allah). Jalan keluar daripada al-Zhan adalah tidak mengatakan ia pasti benar, dan jalan keluar daripada al-Hasad adalah tidak melampau (menginginkan keburukan buat saudaramu).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 75, hadis nombor 357. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((في المؤمن ثلاث خصال: الطيرة والظن والحسد، فمخرجه من الطيرة ألا يرجع، ومخرجه من الظن ألا يحقق، ومخرجه من الحسد ألا يبغي)). [محمد بن المظفر في ((غرائب شعبة))، أبو الشيخ في ((الأقران)) و ((التوبيخ))، هب، فر، ((الضعيفة)) (4019)].

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Pada diri seorang mukmin itu terdapat tiga perkara, iaitu: al-Thiyarah (mempercayai sesuatu perkara/kejadian membawa petanda buruk tertentu), al-Zhan (bersangka-sangka), dan juga al-Hasad (dengki). Jalan keluar daripada al-Thiyarah (sekiranya kebetulan berlaku seperti yang dipercayai) adalah dengan tidak kembali (mengikuti kepercayaan tersebut, sebaliknya bertawakkal kepada Allah). Jalan keluar daripada al-Zhan adalah tidak mengatakan ia pasti benar, dan jalan keluar daripada al-Hasad adalah tidak melampau (menginginkan keburukan buat saudaramu).
))

[Riwayat Muhammad bin al-Muzhaffar dalam Ghara’ib Syu’bah, Abu al-Syeikh dalam al-Aqran dan al-Taubikh, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4019].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs