Zaman yang paling sedikit tukang azan mereka

TEKS BAHASA ARAB

الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن، اللهم أرشد الأ ئمة واغفر للمؤذنين. قال: فقال رجل: يا رسول الله! لقد تركتنا ونحن نتنافس في الأذان بعدك؟ قال: إن من بعدكم زماناً سفلتهم مؤذنوهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Imam itu adalah penjamin dan tukang azan pula adalah orang yang menjaga amanah. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para imam dan berikanlah keampunan kepada para tukang azan. Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki telah bertanya Baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu meninggalkan kami dalam keadaan kami akan saling berebut untuk melaungkan azan selepas kewafatanmu? Baginda menjawab: Sesungguhnya selepas kamu ada satu zaman yang paling rendah (sedikit) para tukang azan mereka.

STATUS

Shaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1397, hadis nombor 7088. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بذكر الشطر الثاني منه)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الإمام ضامن والمؤذن مؤتمن، اللهم أرشد الأ ئمة واغفر للمؤذنين. قال: فقال رجل: يا رسول الله! لقد تركتنا ونحن نتنافس في الأذان بعدك؟ قال: إن من بعدكم زماناً سفلتهم مؤذنوهم.
[البزار، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين))، الدارقطني في ((العلل))، هق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6806)]

(Shaz dengan menyebutkan bahagian kedua hadith)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Imam itu adalah penjamin dan tukang azan pula adalah orang yang menjaga amanah. Ya Allah! Berilah petunjuk kepada para imam dan berikanlah keampunan kepada para tukang azan. Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki telah bertanya Baginda: Wahai Rasulullah! Adakah kamu meninggalkan kami dalam keadaan kami akan saling berebut untuk melaungkan azan selepas kewafatanmu? Baginda menjawab: Sesungguhnya selepas kamu ada satu zaman yang para tukang azan mereka ialah orang yang hina dalam kalangan mereka.
[Riwayat al-Bazzar, Abu al-Sheikh dalam Tabaqat al-Asbahaniyyin, al-Daraqutni dalam al-‘Ilal, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6806]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.