TEKS BAHASA ARAB
إذا كان في آخر الزمان، واختلفت الأهواء؛ فعليكم بدين أهل البادية والنساء.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada akhir zaman nanti, disaat hawa nafsu bercanggah-canggah; maka hendaklah kalian berpegang dengan agama penduduk di kawasan pedalaman dan agama para wanita.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 445, hadis nombor 2373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- عن النبي ﷺ: ((إذا كان في آخر الزمان، واختلفت الأهواء؛ فعليكم بدين أهل البادية والنساء)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (54)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA, daripada Nabi SAW : “Pada akhir zaman nanti, disaat hawa nafsu bercanggah-canggah; maka hendaklah kalian berpegang dengan agama penduduk di kawasan pedalaman dan agama para wanita.”
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu‘afa’ dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 54].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.