Sesuatu yang pendek tidak akan sunyi daripada hikmah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما خلا قصير من حكمة، ولا طويل من حماقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesuatu yang pendek tidak akan sunyi daripada hikmah (kebijaksanaan), sesuatu yang panjang tidak akan suci daripada kebodohan.

STATUS

Tidak ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 159, hadis nombor 473. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak menemuinya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs