Tidaklah seseorang meninggikan seseorang melebihi kedudukannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما رفع أحد أحدا فوق قدره إلا اتضع عنده من قدره بأزيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidaklah seseorang meninggikan seseorang melebihi kedudukannya, melainkan orang itu akan merendahkannya daripada kedudukannya berkali ganda.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 159, hadis nombor 474. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث لكن ورد عن الشافعي: ما أكرمت أحدا فوق مقداره إلا اتضع من قدري عنده بمقدار ما أكرمته.

Ia bukan hadith, akan tetapi warid daripada ucapan al-Syafi’i RA: Tidaklah aku memuliakan seseorang melebihi kedudukannya, melainkan dia merendahkan kedudukanku di sisinya seperti kadar aku memuliakannya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs