Orang yang beriman itu mudah perbelanjaannya.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

المؤمن يسير المؤونة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang yang beriman itu mudah perbelanjaannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْخُلَاصَة «الْمُؤمن يسير المؤونة» قَالَ الصغاني مَوْضُوع. وَفِي اللآلئ هُوَ عَن أبي هُرَيْرَة فَلَا يَصح: فِيهِ مُحَمَّد بن سهل يضع. قلت عِنْد الْبَيْهَقِيّ من طَرِيق آخر عَنهُ. وَفِي الْوَجِيز كَذَلِك قَالَ ابْن حبَان سَمِعت جَعْفَر ابْن أبان يملي ثَنَا ابْن رمح ثَنَا اللَّيْث عَن نَافِع عَن ابْن عمر «من سر الْمُؤمن فقد سرني وَمن سرني فقد سر الله» فَقلت يَا شيخ اتَّقِ الله وَلَا تكذب على رَسُول الله فَقَالَ لست مني فِي حل أَنْتُم تحسدونني لإسنادي فخوفته حَتَّى حلف لَا يحدث بِمَكَّة.

Dalam kitab Al-Khulasah: “Orang yang beriman itu mudah perbelanjaannya”. Al-Saghani menyebutkan bahawa hadis ini adalah hadis yang palsu. Dalam kitab Al-La’ali, ia diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan tidak sahih, kerana pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Muhammad Bin Sahl yang mencipta hadis palsu. Aku katakan : Al-Baihaqi meriwayatkannya dengan jalan yang lain. Demikian juga dalam kitab Al-Wajiz ada menyebutkan bahawa Ibn Hibban berkata: Aku mendengar Jaafar Ibn Aban mencatitkan Ibn Ramh menceritakan kepada kami. Al-Laith Bin Nafi’ menceritakan kepada kami daripada Ibn Umar: “Sesiapa yang menggembirakan orang yang beriman maka dia telah menggembirakan aku. Sesiapa yang menggembirakan aku maka dia telah menggembirakan Allah”. Aku katakan (Ibn Hibban): Wahai syeikh, bertaqwalah kepada Allah. Jangan kamu berdusta menggunakan nama Nabi SAW. Beliau (Jaafar Bin Aban) berkata :Bukan daripada diriku yang menghalalkan pendustaan. Kalian telah bersikap dengki terhadap sanadku. Maka aku memberi peringatan kepadanya sehingga beliau bersumpah tidak akan meriwayatkan hadis lagi di Mekah.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.