Sesiapa yang menggembirakan orang yang beriman, maka sesungguhnya dia telah menggembirakan Allah…

TEKS BAHASA ARAB

من سر مؤمنا فإنما يسر الله ومن عظم مؤمنا فإنما يعظم الله ومن أكرم مؤمنا فإنما يكرم الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menggembirakan orang yang beriman, maka sesungguhnya dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang mengagungkan orang yang beriman, maka dia telah mengagungkan Allah dan sesiapa yang memuliakan orang yang beriman maka dia sebenarnya memuliakan Allah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الذيل «مِنْ سَرَّ مُؤْمِنًا فَإِنَّمَا يَسُرُّ اللَّهَ وَمَنْ عَظَّمَ مُؤْمِنًا فَإِنَّمَا يُعَظِّمُ اللَّهَ وَمَنْ أَكْرَمَ مُؤْمِنًا فَإِنَّمَا يُكْرِمُ اللَّهَ» هُوَ كَذِبٌ بَين.

Dalam kitab Al-Zayl : Hadis “Sesiapa yang menggembirakan orang yang beriman, maka sesungguhnya dia telah menggembirakan Allah. Sesiapa yang mengagungkan orang yang beriman maka dia telah mengagungkan Allah dan sesiapa yang memuliakan orang yang beriman maka dia sebenarnya memuliakan Allah.” Hadis ini merupakan sebuah pendustaan yang nyata.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs