TEKS BAHASA ARAB
المؤمن غر كريم والمنافق خب لئيم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang yang beriman itu adalah orang elok lagi mulia manakala orang munafik itu adalah orang yang suka menipu lagi tercela.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
الْقزْوِينِي «الْمُؤْمِنُ غِرٌّ كَرِيمٌ وَالْمُنَافِقُ خَبٌّ لئيم» مَوْضُوع من حَدِيث المصابيح.
Daripada Al-Qazwini: Hadis “Orang yang beriman itu adalah orang elok lagi mulia manakala orang munafik itu adalah orang yang suka menipu lagi tercela.”. Hadis ini adalah hadis yang palsu dan terdapat di dalam kitab Al-Masabih.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.