Orang-orang yang terasing adalah pewaris para Nabi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الغرباء ورثة الأنبياء، ولم يبعث الله نبيا إلا وهو غريب في قومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Orang-orang yang terasing adalah pewaris para Nabi. Allah tidak membangkitkan seorang pun Nabi melainkan dia adalah seorang yang asing dalam kaumnya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 126, hadis nombor 349. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يروى عن أنس مرفوعا، وهو باطل كما في مختصر المقاصد.

Diriwayatkan daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi). Ia hadith batil sebagaimana dalam Mukhtasar al-Maqasid.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.