Nyanyian dan permainan akan menumbuhkan sifat nifaq

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الغناء واللهو ينبتان النفاق في القلب كما ينبت الماء العشب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Nyanyian dan permainan akan menumbuhkan sifat nifaq di dalam hati sebagaimana air boleh menumbuhkan rumput.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 126, hadis nombor 350. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الديلمي من حديث أنس مرفوعا به، ولا يصح، كما قاله النووي، كذا في مختصر المقاصد.

Diriwayatkan oleh al-Dailami daripada hadith Anas secara marfu’. Tidak sahih sebagaimana yang al-Nawawi katakan. Demikian dalam Mukhtasar al-Maqasid.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.