TEKS BAHASA ARAB
المنافق لا يصلي الضحى، ولا يقرأ: ﴿قل يا أيها الكافرون﴾.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Orang munafiq tidak solat dhuha dan tidak membaca {Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!} (yakni surah al-Kafirun).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 493, hadis nombor 2650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن جراد –رضي الله عنه- رفعه: ((المنافق لا يصلي الضحى، ولا يقرأ: ﴿قل يا أيها الكافرون﴾)).[فر، ((الضعيفة)) (4682)].
(Palsu)
Daripada Abdullah bin Jarrad RA secara marfu’: Orang munafiq tidak solat dhuha dan tidak membaca {Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!} (yakni surah al-Kafirun).
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4682].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.