TEKS BAHASA ARAB
من لم يحلق عانته، ويقلم أظفاره، ويجز شاربه؛ فليس منا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barang siapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, tidak mengetip kuku-kukunya dan membiarkan (tumbuh panjang) misainya, maka dia bukan daripada kalangan kami.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 492, hadis nombor 2648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن رجل من بني غفار -رضي الله عنه- أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من لم يحلق عانته، ويقلم أظفاره، ويجز شاربه؛ فليس منا)).[حم، ((الضعيفة)) (4654)].
(Lemah)
Daripada seorang lelaki daripada Bani Ghifar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang tidak mencukur bulu kemaluannya, tidak mengetip kuku-kukunya dan membiarkan (tumbuh panjang) misainya, maka dia bukan daripada kalangan kami.
[Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4654].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.