Orang berkahwin dengan wanita dari kaumnya sendiri

TEKS BAHASA ARAB

الناكح في قومه، كالمعشب في داره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang berkahwin dengan wanita dari kaumnya sendiri seperti petani yang berada di rumahnya sendiri.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4742. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن موسى بن طلحة عن أبيه -رضي الله عنه- مرفوعا: ((الناكح في قومه، كالمعشب في داره)).
[طب، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الضياء، ((الضعيفة)) (1539)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Musa bin Talhah daripada ayahnya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Orang berkahwin dengan wanita dari kaumnya sendiri seperti petani yang berada di rumahnya sendiri.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan, dan al-Diyaa dalam al-Ahadith al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1539].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs