Bersabarlah di atas hawa nafsu wanita

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حملوا النساء على أهوائهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bersabarlah di atas hawa nafsu wanita.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 923, hadis nombor 4743. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((حملوا النساء على أهوائهن)).
[عد، ((الضعيفة)) (2068)].

(Palsu)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bersabarlah di atas hawa nafsu wanita.
[Riwayat Ibn ‘Adiyy dalam al-Kamil fi al-Du’afa. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2068].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.