TEKS BAHASA ARAB
فتحت البلاد بالسيف، وفتحت المدينة بالقرآن.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Negeri-negeri lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah dibuka dengan al-Quran.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1932, hadis nombor 9689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله ﷺ: فُتِحَتِ الْبِلَادُ بِالسَّيْفِ، وَفُتِحَتِ الْمَدِينَةُ بِالْقُرْآنِ.
[البزار، عق، هب، عد، ابن الجوزي ((الضعيفة)) (6458)]
(Munkar)
Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Negeri-negeri lain dibuka dengan pedang, manakala Madinah dibuka dengan al-Quran.
[Riwayat al-Bazzar, al-Uqaili, al-Baihaqi, Ibn Adi, Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6458]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.